Kejohanan Liga KAF Bawah 19 Tahun

Pasukan SSBJ telah dinobatkan sebagai naib juara setelah dikecewakan oleh pasukan Royal Selangor Club dengan 4 wickets. Namun setinggi-tinggi tahniah diucapkan buat para pemain SSBJ yang rata-ratanya berumur antara 13 hingga 17 tahun yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun berhadapan dengan pasukan yang dibarisi oleh ramai pemain kebangsaan dengan peringkat umur yang lebih tinggi.

Tidak mustahil suatu hari nanti, pemain-pemain kriket SSBJ akan mengisi tempat dalam pasukan kebangsaan jika semangat dan usaha mereka dalam permainan kriket tidak terhenti. Latihan yang mantap dan berterusan perlu dibuat dalam merealisasikan matlamat ini.

Berikut ialah sedikit sebanyak gambar sepanjang kejohanan peringkat akhir berlangsung :















Klik pada link berikut untuk melihat lebih banyak gambar -----> KAF Final SSBJ vs RSC

1st YSD International Youth Cricket Carnival 2013




Pada 16 - 18 Ogos 2013 akan berlangsung Karnival Kriket Remaja Antarabangsa YSD. Perlawanan akan berlangsung di sekitar Lembah Kelang. Antara venue perlawanan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur ialah di Kinrara Cricket Akademy, Club Aman Cricket Oval, Royal Selangor Club dan Bayuemas Cricket Oval

Pasukan SSBJ akan menghantar atlet-atlet terbaik bagi menyertai kejohanan berkenaan. Diharapkan pasukan SSBJ akan mampu bersaing dengan pasukan-pasukan dari dalam dan luar negara dalam merebut tempat pertama kejohanan.

Berikut disenaraikan kelab-kelab yang bakal menyertai pertandingan ini yang telah dibahagikan mengikut kumpulan A, B, C dan D :

Group A
Royal Selangor Club
Mugwala Cricket Club
Cricket Federation of India
IP Cricket Club

Group B
Wercheley International School
Asian International School
PJ Club
Kinrara Development Squad

Group C
Malaysian Malays
Singapore Cricket Club
Kuala Lumpur Cricket Association
Asian International School B

Group D
Royal Institute International School
Bukit Jalil Sports School
Kajang Indo Ceyolnese
RN Sports Club

Match Format :

  • 16 teams will be participating.
  • 4 groups with 4 teams each group.
  • Each team will play a minimum of 5 matches in this tournament. The team who qualifies to the final will play 8 matches in total.
  • A total of 49 matches will be played in 3 days – Day 1 will be at 4 grounds, Day 2 will be at 3 grounds and Day 3 at one ground. 
  • Each group will consist of 6 matches in the 1st round groupings.
  • Top 3 teams from each group will qualify for winners pool – 2nd Round. 12 teams will be divided into 4 groups – 3 teams in each group.
  • Bottom team from 1st round groupings will play losers pool – 4 teams - (10 overs match).
  • Top 2 teams from the winners pool – 4 groups will play the quarters final – 10 overs match.
  • Winners of the quarter finals will play semis – 12 overs match.
  • Top team in the losers pool will be declared losers pool champion Winners of the semis will play the final – Winners pool – 12 overs match.

Kejohanan SUKMA 2013

Seramai enam orang atlet pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil telah mewakili negeri masing-masing dalam kejohanan SUKMA 2013 pada kali ini. Pencapaian ini bolehlah dibanggakan dengan pencapaian semasa para atlet yang rata-ratanya masih menuntut di bangku sekolah. Berikut ialah nama-nama atlet pelajar yang dimaksudkan :

Bil
Nama
Kelas
Negeri
1
MOHAMMAD AMMAR BIN MOHD RAHIM
3 ASEAN
JOHOR
2
SHANKAR SATHISH CHANDRAN
4 OLIMPIK
SELANGOR
3
MOHD FITRI BIN MOHD LIZA
4 SEA
PERAK
4
SYAFIQTRI BIN ZAINAL RASHID
4 SEA
KEDAH
5
AINOOL HAFIZS BIN MD YATIM
5 SEA
SELANGOR
6
AHMAD HUSNI BIN MOHSIN
SASTERA 1A
N. SEMBILAN

Negeri Selangor telah memperoleh emas dalam kejohanan ini diikuti Pulau Pinang (Perak) dan Negeri Sembilan (Gangsa). Kejohanan ini berlangsung dari 28 Jun - 7 Julai 2013 di Selangor Turf Club dan Kinrara Oval. 

Kejohanan SUKMA Kuala Lumpur 2013

Pungutan mata perlawanan akhir

Semangat kesukanan tinggi yang ditunjukkan ketika perlawanan

Aksi pemain SSBJ dalam pasukan Selangor

Emas : Selangor

Perak : Pulau Pinang

Gangsa : Negeri Sembilan

Bekas atlet pelajar dan pelajar SSBJ yang mewakili negeri masing-masing

Sportexcel Bawah 15 Tahun Kebangsaan

Seramai 12 orang atlet kriket Sekolah Sukan Bukit Jalil telah mewakili pasukan negeri masing-masing dalam kejohanan akhir SPORTEXCEL-MILO-MSN-MSSM-MCA BAWAH-15 TAHUN 2013 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 20 hingga 24 Mei yang lalu. 


Bil
Nama
Negeri
1
WPKL
2
JOHOR
3
JOHOR
4
JOHOR
5
SELANGOR
6
SELANGOR
7
SELANGOR
8
SELANGOR
9
KEDAH
10
KEDAH
11
KEDAH
12
KEDAH

Pasukan selangor telah menjuarai pertandingan pada edisi kali ini dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terpaksa berpuas hati di tempat kedua. Pasukan Sabah pula di tempat ketiga diikuti oleh pasukan Johor dan Kedah di tempat keempat dan kelima. 
 
Mohd. Hafiz bin Mohd. Khair telah dinobatkan sebagai 'Most Promising Player' manakala Mohammad Ammar bin Mohd. Rahim pula telah dianugerahkan sebagai 'Best All-Rounder' dalam kejohanan tersebut. 

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada pasukan yang menang dan individu yang memperoleh anugerah. Kepada pasukan yang kurang bernasib baik pastinya perlu meningkatkan azam dan tekad untuk menyerlah dalam kejohanan akan datang.

Pemain-Pemain Pasukan Selangor yang memenangi kejohanan

Barisan penerima anugerah pemain terbaik kejohanan

Best All-Rounder - Mohammad Ammar bin Mohd. Rahim