Sportexcel Bawah 15 Tahun Kebangsaan

Seramai 12 orang atlet kriket Sekolah Sukan Bukit Jalil telah mewakili pasukan negeri masing-masing dalam kejohanan akhir SPORTEXCEL-MILO-MSN-MSSM-MCA BAWAH-15 TAHUN 2013 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 20 hingga 24 Mei yang lalu. 


Bil
Nama
Negeri
1
WPKL
2
JOHOR
3
JOHOR
4
JOHOR
5
SELANGOR
6
SELANGOR
7
SELANGOR
8
SELANGOR
9
KEDAH
10
KEDAH
11
KEDAH
12
KEDAH

Pasukan selangor telah menjuarai pertandingan pada edisi kali ini dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terpaksa berpuas hati di tempat kedua. Pasukan Sabah pula di tempat ketiga diikuti oleh pasukan Johor dan Kedah di tempat keempat dan kelima. 
 
Mohd. Hafiz bin Mohd. Khair telah dinobatkan sebagai 'Most Promising Player' manakala Mohammad Ammar bin Mohd. Rahim pula telah dianugerahkan sebagai 'Best All-Rounder' dalam kejohanan tersebut. 

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada pasukan yang menang dan individu yang memperoleh anugerah. Kepada pasukan yang kurang bernasib baik pastinya perlu meningkatkan azam dan tekad untuk menyerlah dalam kejohanan akan datang.

Pemain-Pemain Pasukan Selangor yang memenangi kejohanan

Barisan penerima anugerah pemain terbaik kejohanan

Best All-Rounder - Mohammad Ammar bin Mohd. Rahim



Asian Cricket Council Under-19 Elite Cup

Seorang pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil iaitu Shankar Satish Chandran telah terpilih untuk mewakili pasukan Malaysia dalam Kejohanan Kriket Asian Bawah 19 Tahun. Keputusan yang dicatatkan oleh pasukan Malaysia dalam kejohanan berkenaan boleh dibanggakan iaitu menduduki tempat ketiga daripada negara-negara yang bertanding.

Di samping Shankar Satish Chandran, bekas pelajar SSBJ iaitu Kogilan dan Mohd. Amiruddin juga turut mendapat tempat dalam pasukan Malaysia pada kejohanan berkenaan. Berita penuh sila klik pada LINK INI.


Berikut ialah keputusan keseluruhan pasukan Malaysia dalam kejohanan ACC U-19 :

Peringkat Kumpulan 
Malaysia vs Bahrain
Bahrain 69 (all out)
Malaysia 70-3
Malaysia menang dengan 7 wicket

Malaysia vs Qatar
Malaysia 219 (all out)
Qatar 93 (all out)
Malaysia menang dengan 126 run

Malaysia vs Kuwait
Kuwait 88 (all out)
Malaysia 89-1
Malaysia menang dengan 9 wicket

Malaysia vs Nepal 
Malaysia 73 (all out)
Nepal 74-4
Malaysia kalah dengan 6 wicket

Separuh Akhir
Malaysia vs Afghanistan
Afghanistan 233 (all out)
Malaysia 91 (all out)
Malaysia kalah dengan 142 run

Tempat 3/4
Malaysia vs Nepal
Nepal 118 (all out)
Malaysia 119-4
Malaysia menang dengan 6 wicket

Pencapaian 2012


  1. Dua orang atlet telah dipilih mewakili pasukan Malaysia ke kejohanan Piala Elit Kriket Asia di Bangkok, Thailand;
  2. Seorang atlet telah dipilih mewakili pasukan Malaysia dalam kejohanan 'international U15 Challenge' di Bayuemas Oval, Selangor dan berjaya mendapat tempat ke -3;
  3. Seorang atlet telah dipilih mewakili pasukan Malaysia dalam kejohanan Asia bawah-14 tahun di chiangmai,Thailand dan berjaya mendapat johan;
  4. Dua orang atlet telah dipilih mewakili pasukan Malaysia ke kejohanan 'SCA International T20 Cricket Series' di Ipoh, Perak;
  5. Limabelas orang atlet telah dipilih mewakili pasukan SSBJ dalam liga KPPM dan berjaya memasuki perlawanan akhir;
  6. 9 orang atlet telah mewakili pasukan MSS negeri masing-masing dalam kejohanan kriket MSSM dan 6 orang berjaya mendapat pingat emas dan seorang pingat perak.